WARNING!

Welcome , be nice to stranger.

warkah buat kaum adam :)

Adam,mengertilah ...
Hawa bukanlah insan yang kuat ..
bukan juga insan yang bisa ,menahan nafsu ..
tatkala diri diuji , Hawa sering tewas...
tewas dengan godaan syaitan dan nafsu
sendiri...

Adam,mengertilah ...
sungguh,Hawa telah cuba melakukan yang
terbaik...
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-
baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari
tabarruj..
'perfume','makeup',perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya ..
namun mengapa masih Adam tertarik pada
Hawa yang serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut ...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam
meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah
maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati ...

Adam,mengertilah...
setiap kali'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa'reply' juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat ...

Adam, mengertilah ...
setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih
sayang Allah yang dikurniakan buat
Adam...
memudahkan perjalanan hidup Adam...
jangan disalah tafsir apa yang Hawa
berikan

Adam, mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga
Hawa...
namun,bukanlah 'couple' yang Hawa
pinta...
tetapi cukuplah sekadar menghormati Hawa
sebagai Hawa...
jangan dipinta apa yang tak mampu Hawa
berikan...
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya ...

Adam,mengertilah ...

assalammualaikum , HAHA . baru nk bg salam HAHA . best x ? 2 pon artikel y antare kesukaan aku kt al-hadwan . 2 je la y aku smpt share ngn korg . hopely korg enjoy :)



love nesloice:)

No comments:

Post a Comment