WARNING!

Welcome , be nice to stranger.

Wanita dan Hati

Assalammualaikum , :)
Wanita ? Gadis ? Perempuan . Atau lebih dikenali dengan kaum Hawa . 
Kaum Hawa ni orang cakap hati dia lembut . Sekeras keras mana seorang perempuan 
tapi bila dah melibatkan perasaan akan jatuh jugak. Wanita ni rapuh seperti dahan.
Tersilap sikit boleh patah . Sebrutal-brutal perempuan kalau dah melibatkan hati .
Dia akan jatuh jugak . Hati wanita ni sungguh lembut bak sutera.
Sesungguh mana dia menafikan . 
Sesungguh mana dia mengelak.
Sesungguh mana dia menidakkan .
Dia tak boleh nak melawan fitrah .
Fitrah yang setiap perempuan ada . 
Ingin dicintai , ingin mencintai .
Ingin disayangi, ingin menyayangi.
Ingin dibelai, ingin membelai .
Itulah wanita , perempuan , kaum hawa .
Yang dikenali dengan santunnya, budi bahasanya .
Walau sekasar mana dia nak jadi . Tapi dia tak boleh nak lawan fitrah .
Jadi , kepada lelaki lelaki dekat luar tu , kalau tak pandai nak jaga hati perempuan ,
jangan bermimpi nak milikinya .
Dulu , wanita sangat disanjungi kerana agamanya , 
sangat dihormati kerana perwatakannya ,
sangat dikagumi kerana pekertinya .
tetapi sekarang ?
Wahai Adam bantulah kami . 
jangan kau hina kami kaum yang lemah ,
jangan kau tindas kami .
jangan kau tarik kami ke kancah maksiat kerana kami tidak kuat untuk melawan.
Wahai Adam , mengertilah dikau , yang kami perlu bimbinganmu .
Jangan lah engkau menjadikan aku kekasihmu andai tidak berniat untuk mengahwini ku .
Wahai Adam , selagi kita tiada ikatan yang sah . Kau kuatkanlah Iman mu supaya 
menghindarkan diri dari ku . Tolaklah permintaan ku jika aku mengajak untuk bersua ,
fahamilah aku wahai Adam.
Aku perlu bimbinganmu, 
bawalah aku ke jalanNya,
Jalan yang diredhainyaa.

"Ya Allah seandainya engkau mengetahui bahawa ia baik bagiku , agamaku , kehidupanku , kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya ,
seandainya engkau mengetahui bahawa ia mendatangkan keburukan bagiku , agamaku , kehidupanku , kesudahan urusan ku sama ada cepat atau lambat . Maka jauhkanlah aku darinya , dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya "

No comments:

Post a Comment